Malay Filial Piety Scale (FPS-M)

SKALA KETAATAN KEPADA IBU BAPA


Setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai ibu bapa mereka. Pernyataan berikut berkait dengan cara seseorang melayan ibu bapa mereka. Sila baca setiap pernyataan dengan teliti dan tandakan kepentingannya mengikut perasaan anda dengan menggunakan skala berikut, 1 mewakili “Sangat Tidak Penting” dan 6 mewakili “Sangat Penting”. Borang soal selidik ini berasaskan pandangan peribadi, oleh yang sedemikian, tiada jawapan yang salah atau betul bagi pernyataan berikut. Sila BULATKAN nombor yang paling sesual menggambarkan nilai anda.


  1. Kerap mengambil berat mengenai keadaan kesihatan ibu bapa saya.

  2. Mengambil kira cadangan ibu bapa saya walaupun saya tidak bersetuju dengan mereka.

  3. Kerap bergaul dengan ibu bapa saya untuk memahami fikiran dan perasaan mereka.

  4. Memberi ruang kepada ibu bapa saya untuk mengendalikan semua hal mengenai pendapatan (gaji) saya sebelum kahwin.

  5. Kerap mengambil berat tentang kesejahteraan umum ibu bapa saya (terutamanya tempat tinggal harian).

  6. Mengabaikan janji yang diberi kepada rakan-rakan demi mematuhi ibu bapa saya.

  7. Mengambil berat tentang ibu bapa saya dan memahami mereka.

  8. Mengorbankan aspirasi saya untuk memenuhi harapan ibu bapa saya.

  9. Menyara kehidupan ibu bapa saya supaya kehidupan mereka lebih selesa.

  10. Membuat segala yang diminta oleh ibu bapa saya dengan serta merta.

  11. Bersyukur kepada ibu bapa saya kerana membesarkan saya.

  12. Mengelak daripada berkahwin dengan seseorang yang tidak disukai oleh ibu bapa.

  13. Bergegas pulang ke rumah atas kematian ibu bapa saya, tidak kira betapa jauh saya berada.

  14. Mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak lelaki untuk mewarisi keturunan keluarga.

  15. Mengambil inisiatif untuk membantu ibu bapa saya semasa mereka sibuk.

  16. Tinggal bersama ibu bapa (atau mertua) selepas kahwin.

Reference:

Tan, C.-S., Tan, S. A., Nainee, S., Ong, A, W. H., & Yeh, K. H. (2019). Psychometric evaluation of the Malay filial piety scale (FPS-M) for adolescents in Malaysia. Journal of Pacific Rim Psychology, 13, e8. https://doi.org/10.1017/prp.2018.29 (open access)

Copyright statement:

Creative Commons NonCommercial CC BY-NC. Permission is not required for academic uses. For commercial uses, contact Prof. Kuang-Hui Yeh at ykh01(at)gate.sinica.edu.tw for information.